Wan Kuzri Mahu Sarung Jersi Negara

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan dalam proses akhir untuk membawa pulang pemain yang kini beraksi di Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzri Wan Kamal untuk di serap ke dalam skuad bawah 19 (B-19) tahun negara.

Pengurus Pasukan B-19 kebangsaan, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar menjelaskan usaha itu adalah bagi memant@pkan lagi skuad terbabit untuk menghadapi Kejohanan B-19 AFC di Uzbekistan, Oktober ini.

Katanya, barisan kejurulatihan skuad B-19 yang diketuai Brad Maloney memantau rapat perkembangan Wan Kuzri termasuk berhubung dengan jurulatih kelab yang diwakili di AS.

“Dia (Wan Kuzri) berada dalam senarai 35 pemain yang akan dipanggil dan dia dalam proses dokumentasi terakhir untuk kami terb@ngkan segera ke Kuala Lumpur dan menyertai latihan skuad B-19 bagi mengaharungi kejohanan AFC.

“Kami amat memerlukan dia untuk menambah keku@tan pasukan. Dia amat berminat dan tidak timbul soal dua warga negara kerana kita sedia maklum hanya selepas umur 21 tahun, dia berhak memilih sama ada untuk mewakili Malaysia atau kembali ke AS,” katanya.

Wan Kuzri, 18, adalah adik kepada bintang muda Wan Kuzain yang beraksi bersama kelab Liga Bolasepak Utama (Major League Soccer) AS, Sporting Kansas City.

Dalam perkembangan sama, Kamarul menjangkakan latihan pusat skuad B-19 akan dimulakan dalam masa terdekat selepas segala persiapan termasuk dari aspek prosedur operasi standard (SOP) lengkap sepenuhnya.

Sehari, dua lagi kami akan mengeluarkan senarai pemain dan minggu depan akan memulakan latihan pertama. Buat masa ini tiada mas@lah, cuma kami mahu mengemaskini SOP untuk memulakan latihan.

Kami tak nak benda itu menimbulkan mas@lah di kemudian hari dan kami nak semua yang datang menyertai latihan berada dalam keadaan yang amat baik.

“Ia kerana skuad ini akan bertanding di peringkat Piala Asia dan untuk layak ke Piala Dunia. Jadi kita nak persiapan yang rapi kerana sebelum ini kita sudah ketingg@lan kerana C0V!D-19,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *