sumbangan Amal kepada Kedah FA

MENYEDARI keper!tan yang dialami pasukan Kedah akibat tunggakan gaji pemainnya yang menghampiri lima bulan, komuniti penyokong Kedah, Ultras Kedah 2009 atau lebih dikenali sebagai UK09 tampil dengan menghulurkan bantuan wang tunai RM1,000 sebagai tanda prihatin.

Jurucakap UK09, Mohd Sayuti Ismail berkata pihaknya sedar bebanan isu kewangan yang kini ditanggung skuad Hijau Kuning dan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) ini dan sebagai penyokong yang prihatin pihaknya terpanggil untuk meringankan sedikit bebanan yang ditanggung.

“Walaupun jumlah sumbangan ini agak kecil, kami amat berharap dapat sedikit sebanyak membantu pihak KFA dalam keadaan sukar kini.

“Dalam keadaan dunia sekarang termasuk Malaysia yang sedang dilanda wabak Covid-19 ini, kebanyakan sektor amat terkesan termasuk bola sepak dan sebagai warga Kedah yang prihatin, kami juga tidak mahu terlepas dari peranan untuk membantu sektor bola sepak di Kedah.

“Sumber kewangan yang kami perolehi adalah hasil dari jualan barangan cenderahati sempena sambutan ulang tahun ke-10 Ultras Kedah 2009.” katanya.

sumber:HM

Tambah Mohd Sayuti, dengan usaha gigih ahlinya dalam penjualan produk keluaran UK09 dia yakin lebih banyak rancangan amal dapat dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *