Safawi berikan amaran

Selepas dikritik hebat ekoran prestasi turun naiknya sebelum ini, bintang bola sepak negara, Safawi Rasid sudah tidak sabar kembali beraksi sebaik saingan Liga Super bersambung pada Sabtu ini.

Safawi, 24, yang mengalami kecederaan di bahagian kaki ketika aksi menentang UiTM FC pada Mac lalu terpaksa diketepikan selama beberapa minggu daripada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT).

Akibatnya selepas pulih daripada kecederaan, aksi Safawi tampak tidak selincah sebelum kecederaan hingga dikritik hebat oleh segelintir netizen di laman sosial terutama ketika beraksi bersama skuad Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mei tempoh lalu.

Malah, prestasi merudum turut berlaku di Thailand apabila JDT bersaing di Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan Safawi gagal mempamerkan sentuhan yang berbisa lagi.

Susulan itu, ramai peminat mengaitkan kemerosotan prestasi itu berpunca daripada kecederaan yang sedikit sebanyak menjejaskan keyakinannya di atas padang dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa latihan intensiti rendah bersama skuad kebangsaan menjadi antara punca prestasi pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu  kini kian merosot.

Namun di sebalik kritikan itu, Safawi tidak cepat melatah, malah dia cukup bersemangat untuk kembali bermain sekali gus membantu skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Super pada musim kini.

“Saya sayang kerja saya, jom sambung (saingan Liga Malaysia),” tulisnya di laman Instagram miliknya yang menandakan dia sudah bersedia menyambung kempen liga tempatan yang berhenti selama dua bulan bagi memberi laluan kepada skuad Harimau Malaya dan JDT di ACL.

Berdasarkan jadual perlawanan, JDT akan menerima kunjungan UiTM FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad ini, dengan misi utama melakar tiga mata untuk terus memimpin carta Liga Super pada musim kini.

sumber:hmetro

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous post Olimpik Tokyo: Sebanyak 71 kes Covid-19 di Olimpik, Atlet Malaysia Masih selamat
Next post Viral:Bekas pemain Kedah, Azmeer Yusof mahu bantu bayar kompaun lelaki yang ziarah kubur