Olimpik Tokyo: Sebanyak 71 kes Covid-19 di Olimpik, Atlet Malaysia Masih selamat

Tiada kes jangkitan Covid-19 yang melibatkan atlet dan kontinjen Malaysia yang berada di Perkampungan Olimpik di Tokyo, Jepun ketika ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada tahun ini.

Beliau berkata kontinjen negara kita yang tiba di negara itu pada Ahad lepas kini dalam fasa menyesuaikan diri masing-masing dan atlet juga telah memulakan latihan ringan bagi pemanas sebelum pertandingan bermula.

“Atlet kita semua okey. Kita ada pegawai di sana (Tokyo) yang memantau keadaan mereka dan setakat ini tiada sebarang kes (Covid-19) yang berjangkit kepada atlet kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) mega Movenpick KLIA, di sini hari ini.

Media melaporkan terdapat 71 kes Covid-19 dikesan membabitkan temasya sukan berprestij itu.

Kontinjen Malaysia seramai 40 orang termasuk 18 atlet daripada sukan renang, terjun, badminton, gimnastik dan memanah berlepas ke Tokyo pada Sabtu lepas bagi mengharungi cabaran temasya sukan terbesar dunia itu yang bermula dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Empat atlet pelayaran yang diiringi tiga pegawai bertolak ke Tokyo pada 8 Julai lepas manakala kumpulan seterusnya yang terdiri daripada atlet sukan berbasikal trek, olahraga dan golf dijangka berlepas pada 25 Julai ini.

Mengenai kenyataan Ketua Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo Toshiro Muto yang tidak menolak kemungkinan temasya itu dibatalkan pada saat-saat akhir seandainya kes Covid-19 terus meningkat, Wan Ahmad Fayhsal berkata Malaysia akan memantau situasi itu di Tokyo.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata seramai 470 pekerja industri sukan telah berdaftar sebagai sukarelawan di bawah Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) bagi Vaksin untuk penduduk Malaysia.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous post Farah pakai ‘leotard’ rekaan sendiri di Sukan Olimpik Tokyo
Next post Safawi berikan amaran