Kelab tercor0t Liga Super kini perkasa ‘enjin’ untuk memecut

Kini Tampil lebih meyakinkan. Itu kesimpulan yang dapat dilihat menjelangnya sepak mula saingan Liga Super pada 24 Julai ini.

Beberapa pasukan terutama yang berada di tangga tercorot turun dengan lebih ‘power’ menerusi pembelian beberapa pemain baru.

Sri Pahang FC, Perak FC dan UiTM FC dilihat menukar ‘enjin’ pasukan dengan mengambil pemain import yang dikatakan lebih berkualiti dan mampu mencipta keputusan positif untuk skuad masing-masing.

Berdasarkan perlawanan lalu, UiTM FC boleh dikatakan agak malang apabila sehingga kini masih lagi gagal mengecapi kemenangan namun sekali gus berada tangga tercorot dengan hanya dua mata dalam Liga itu.

Keputusan yang agak buruk dan tidak memberangsangkan itu menyebabkan pengurusan pasukan bertaraf universiti terbabit membawa masuk sekurang-kurangnya tujuh pemain dan menukar tiga awang import mereka terdiri daripada Juao Pedro, Dominic Picak dan Nana Poku.

Situasi sama turut melanda kem Perak FC dan Sri Pahang FC dengan dua pasukan berkenaan berhadapan pelbagai liku pada awal saingan liga hingga gagal mencatatkan keputusan positif.

Perak FC yang dilanda masalah tunggakan gaji tidak terkecuali membeli-belah pada jendela perpindahan kedua dengan memasukkan lapan muka baharu untuk memperkuatkan pasukan.

Namun, skuad Bos Gaurus juga berhadapan cabaran selepas enam tonggak pasukan itu terdiri daripada Guilherme de Paula, Nazirul Naim, Shahrul Saad, Shakir Hamzah, Kenny Palray dan J Parthiban mengambil keputusan angkat kaki dan berhijrah ke pasukan lain.

Sri Pahang FC pula yang menyimpan cita-cita untuk berada dalam kelompok lima pasukan terbaik membuat tindakan drastik dengan menggantikan semua pemain import mereka itu.

Skuad Tok Gajah membawa masuk, bekas pemain Nongbua Pitchaya, Nicholas Swirad dan empat tonggak import Aung Kaung Man, Manuel Hidalgo, Yakubu Abubakar dan Kenny Athiu.

Sementara itu, dua pasukan Lembah Klang masing-masing Petaling Jaya City FC dan Selangor FC pula lebih yakin dengan barisan pemain yang ada dan tidak membuat sebarang penukaran atau mengambil pemain baharu bagi mengharungi baki perlawanan Liga Super yang akan datang.

Johor Darul Ta’zim (JDT)

Masuk

Guilherme de Paula (Perak FC)

Shahrul Saad (Perak FC)

Shane Lowry (Al Ahli FC)

Kedah Darul Aman FC

Masuk

Asnan Ahmad (Terengganu FC)

Kuala Lumpur City FC

Masuk

Ryan Lambert (Den Bosch FC)

Kyrian Nwabueze

Kenny Palray (Perak FC)

J Parthiban (Perak FC)

Melaka United

Masuk

Giovane Gomes (Caxias RS)

Andriano Narcizo (Calvez EC)

Garry Steven Robbat (JDT)

Sri Pahang FC

Masuk

Nicholas Swirad (Nongbua Pitchaya)

Aung Kaung Man (Khon Kaen United)

Manuel Hidalgo (Sheffield Wed FC)

Yakubu Abubakar (Shan United FC)

Kenny Athiu (Melbourne Victory)

Penang FC

Masuk

Abdul Azim Rahim (KL City FC)

Fauzan Fauzi (KL City FC)

Perak FC

Masuk

Charlie Marchell (Viashka FC)

Aizzat Maidin (Kelantan FC)

Azhar Apandi (KL City FC)

Nana Poku (UiTM FC)

Samir Ayass (Botev Vrasta)

Ghislain Guessan (Saham Club)

Zoubairou Garba (Persebaya Surabaya)

Jad Noureddine (Al Ahed)

Sabah FC

Masuk

Nazirul Naim (Perak FC)

Josip Ivancic (Zrinjski Mostar)

Terengganu FC

Masuk

Lee Tuck (Sri Pahang FC)

Habib Haroon (Riffa FC)

UiTM FC

Masuk

Denis Buschening (Sabah FC)

Joel Vinicius (CA Juventus)

Sean Gan Gianelli (KL City FC)

Alif Shamsuddin (KL City FC)

Hisyamuddin Syaari (KL City FC)

Zamir Selamat (KL City FC)

Kwon Yong Hyun (Busan I Park)

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next post Dapat RM1,000 seorang, Pemain hoki