JDT wajar dicontohi kelab-kelab lain

Deretan kejayaan demi kejayaan yang diraih Johor Darul Ta’zim (JDT) sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa menyaksikan pasukan itu terus menjadi perhatian dunia.

Terbaharu, Ketua Hubungan Kerajaan dan Fasiliti Bola sepak Victoria di Australia, Sebastian Hassett mengakui memuji pencapaian JDT yang harus dijadikan contoh oleh kelab lain.

Menerusi ciapan di laman Twitternya, Hassett bercadang untuk mengunjungi JDT selepas pandemik Covid-19 berakhir bagi menyaksikan sendiri apa yang direncanakan oleh pemilik pasukan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Ini adalah penanda aras untuk rantau ini dan ia harus dijadikan inspirasi untuk kita semua. Ini adalah contoh terbaik cita-cita berkelas dunia yang kita mahukan dari kelab-kelab Asean.

“Saya berpendapat ianya akan menjadi pemangkin kepada rantau ini agar mula mengambil pelaburan infrastruktur dengan serius. Ini contoh apa yang boleh dicapai apabila anda meletakkan bola sepak sebagai keutamaan.

“JDT sedang menikmatinya sekarang – tetapi ia bakal meningkatkan bola sepak Malaysia dan Asean,” katanya.

Selain tujuh kejuaraan Liga Super secara berturut-turut sejak 2014, skuad Harimau Selatan juga memenangi Piala AFC pada 2015 untuk muncul kelab pertama dari Asia Tenggara menjulangnya.

Malah, pembinaan stadium berkelas dunia iaitu Stadium Sultan Ibrahim selain beraksi di saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) untuk musim ketiga berturut-turut menjadikan JDT sebagai kelab paling pantas berkembang di benua Asia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous post Sejarah Bola Sepak Kedah
Next post Skuad Harimau Malaya mahu uji Palestin