Farah pakai ‘leotard’ rekaan sendiri di Sukan Olimpik Tokyo

Ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi akan memakai ‘leotard’ berwarna jingga hasil rekaannya sendiri apabila membuat penampilan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan membuka tirai secara rasmi, pada Jumaat ini.

Menerusi video yang dimuat naik di ruangan Instastory miliknya hari ini, atlet yang berusia 27 tahun itu telah menunjukkan ‘leotard’ yang akan dipakainya dihiasi batu kristal bermotifkan harimau sebagai simbol Harimau Malaya yang Gagah.

“Membawa semangat Harimau Malaya di Tokyo, Jepun. Pandangan dari dekat leotard yang saya reka sendiri sudah pasti diinspirasikan daripada Harimau Malaya,” katanya menerusi keterangan pada video berkenaan.

Sebagai rekod, ini adalah penampilan pertama Farah di pentas Olimpik selepas layak secara merit menerusi aksi cemerlangnya di Kejohanan Dunia di Stuggart, Jerman pada Oktober 2019 sekali gus menamatkan kemarau 16 tahun gimnas negara layak ke temasya terbesar dunia itu pada musim kini.

Dia menjadi gimnas ketiga negara menempah tiket ke Olimpik selepas kali terakhir gimnas lelaki, Ng Shu Wai beraksi pada Sukan Olimpik 2004 di Athens pada tahun-tahun yang lalu.

Seorang lagi gimnas wanita negara yang pernah ke pentas Olimpik ialah Au Li Yen pada Olimpik 2000 di Sydney.

Farah dijadual turun memulakan aksinya di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo pada  Ahad ini.Dalam pada itu, atlet berasal dari Selangor itu berkata, dia memerlukan masa bagi menyesuaikan diri dengan peralatan yang akan digunakan dalam pertandingan nanti dan sudah dua kali berpeluang menjalani latihan di venue pertandingan.

“Aparatus sangat menakjubkan tetapi berbeza dengan apa yang ada di Malaysia. Jadi, perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri,” katanya yang tiba di Tokyo, Ahad lalu.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous post Dapat RM1,000 seorang, Pemain hoki
Next post Olimpik Tokyo: Sebanyak 71 kes Covid-19 di Olimpik, Atlet Malaysia Masih selamat