Dapat RM1,000 seorang, Pemain hoki

Kuala Lumpur: Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal menyuntik semangat kepada keseluruhan barisan skuad kebangsaan lelaki dan wanita dengan mengumumkan sumbangan RM1,000 yang akan diberikan kepada setiap seorang bagi membantu meringankan kepayahan dihadapi dalam musim Covid-19 pada masa kini.

Menurut MHC dalam satu kenyataan hari ini, sumbangan berkenaan diumumkan ketika Subahan mengadakan satu perjumpaan secara dalam talian bersama kedua-dua skuad berkenaan.

“Dalam perjumpaan yang turut membabitkan barisan jurulatih dan pengurus pasukan itu, Subahan memberikan kata-kata semangat kepada seluruh barisan skuad kebangsaan untuk tabah menghadapi dugaan Covid-19 yang melanda negara pada musim kini,” jelas MHC.

Ujar MHC, pemain juga diminta untuk terus mengikuti semua sesi latihan yang dirangka oleh barisan jurulatih di kediaman masing-masing dan terus memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa terbaik dan sihat.

Turut terbabit dalam perjumpaan dalam talian itu ialah Timbalan Presiden MHC, Datuk Dr S Shamala dan Jadadish Chandra, serta barisan Ahli Lembaga Eksekutif MHC.

Dalam perjumpaan ini juga,turut membabitkan barisan jurulatih dan pengurus pasukan itu, Presiden KHM telah memberikan kata-kata semangat kepada seluruh barisan skuad kebangsaan untuk tabah menghadapi dugaan Covid-19 yang melanda negara pada musim kini.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous post Kelab tercor0t Liga Super kini perkasa ‘enjin’ untuk memecut
Next post Farah pakai ‘leotard’ rekaan sendiri di Sukan Olimpik Tokyo