Sugu-Pavithra buat U-Turn? Tunggu Ini kenyataan terbaru mereka

IPOH – Peminat YouTuber sensasi Sugu Pavithra boleh melihat semula kemunculan pasangan itu di saluran mereka selewat-lewatnya pada petang ini.

M Sugu, 29, berkata, beliau menjangkakan video baharu akan dimuat naik di YouTube ‘Sugu Pavithra’ pada petang ini jika segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai.

Sugu, suami kepada S Pavithra, 28, yang juga YouTuber masakan mengakui telah memadam semua 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lalu atas beberapa faktor peribadi.

M Sugu berkata, kesemua video yang pernah dimuat naik di saluran Youtube bersama isterinya, S Pavithra, 28, sebelum ini dipadam kerana mereka tidak mahu lagi terbabit dengan apa sahaja yang boleh meraih perhatian umum.

“Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (did4kwa di mahk4mah),” katanya ketika dihubungi di Bernama di sini hari ini.

Semalam, pasangan itu sekali lagi mengejuutkan orang ramai apabila bertindak memadam kesemua video masakan yang dikongsikan di saluran Youtube mereka.

Menurutnya, mereka kini hanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan menjalani kehidupan seperti orang biasa.

“Ramai lagi Youtuber masakan yang lagi hebat dan bagus, kami hanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga,” katanya.

Sugu berkata, buat masa ini mereka berdua masih belum memikirkan apa perancangan yang mahu dilakukan.

Semalam dilaporkan, pasangan yang mencipta sensasi menerusi saluran mengenai masakan, Sugu Pavithra, bertindak memadam semua video dihasilkan mereka sebelum ini.

Sepanjang tempoh mengendalikan saluran itu, pasangan Sugu dan Pavitra berkongsi 98 video hingga meraih lebih 34 juta tontonan.

Pada 24 Julai, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahk4mah Sesyen di sini atas d4kwaan memiliki senj4ta berb4haya dan menyebabkan keced3raan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu s4bit pada Selasa lepas, namun Pavithra mengakui memaafkan perbuatan suaminya itu.

Selain itu, Pavithra ketika ditemui di m4hkamah juga berkata, mereka enggan menerima sebarang pengiktirafan atau penganugerahan ikon, sebaliknya mahu menumpu kepada penghasilan video masakan menerusi saluran YouTube seperti biasa.

Sugu yang juga bekas pekerja sebuah syarikat perladangan swasta di Sungai Siput turut mengakui hilang pendapatan daripada YouTube yang dianggap lumayan susulan memadam semua video.

“Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikut setia yang kini berjumlah 787,000 orang.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan Sugu yang dalam keadaan m4buk membawa s4bit mencari adik iparnya kerana masalah keluarga di luar w4d bersalin h0spital Raja Perma1suri Bainun di sini pada Selasa petang.

Kejadian itu berpunca akib4t salah faham antara su5pek dengan isterinya berkaitan satu majlis yang berlangsung sehari sebelum itu.

Pasangan itu dianggap Youtuber sensasi di negara ini, apabila dalam tempoh yang singkat mereka menarik sehingga lebih 700,000 pengikut dari dalam dan luar negara.

Sumber dari Harian Metro

Sumber : GF News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *