Petinju ini menjual stokin busvk dengan nilai (RM2,700)

PETINJU Australia, Ebanie Bridges mendedahkan dia berjaya menjual stoking busuk kepada seorang warga British dengan harga £500 (RM2,700).

Atlet yang tidak pernah tewas itu menggambarkan peminat yang membeli stoking miliknya sebagai ‘terbaik’ selepas ia baharu digunakan ketika dia menjalani kem latihan.Bridges yang dikenali sebagai ‘Blonde Bombe’ mengakui banyak individu pelik ditemui di media sosial.

Menerusi akaun Twitter miliknya, dia berkata: “Saya adalah petinju profesional dan peminat di UK baru sahaja membayar £500 untuk saya menghantar stoking busuk kepadanya.”Peminat tinju UK adalah terbaik,”

Bridges mempunyai karier cemerlang di peringkat amatur sebelum bertukar profesional pada Februari 2019.

Sejak itu, dia berjaya memenangi empat perlawanan profesional.

sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *