Mereka beri Petunjuk Baru Untuk Pasukan KFA

‘Angin nampaknya semakin bertiup kenc@ng‘ dari utara tanahair apabila ada beberapa kemaskini melalui laman sosial yang membayangkan bahawa pasukan Kedah FA kini berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Terkini Insta Story yang dimuat naik oleh ketua jurulatih mereka, Aidil Sharin semalam dilihat seperti memberikan satu gambaran situasi semasa masalah dalam yang sedang melanda pasukan Kedah FA terutama kepada barisan pengurusan skuad itu.

People don’t leave b@d jobs, they leave b@d b0sses.”

Beberapa hari sebelum itu, pemain import Kedah FA iaitu Kpah Sherman juga turut memuatnaik ‘Insta Story‘ yang nampaknya berbaur mengenai kelewatan bayaran yang mereka nantikan selepas tertunggak berbulan-bulan.

“Very very difficult times. No one should be allowed to go through this. Give 100% and get nothing!! How many more months?”

Ini hanyalah 2 luahan hati individu-individu berpengaruh dalam skuad itu dan dipercayai mungkin masih ramai lagi yang turut mengalami perkara yang sama.

Ada juga beberapa pemain mereka yang telah melibatkan diri sebagai trader mungkin sebagai salah satu cara untuk mereka ‘gr0w‘ duit yang mereka untuk masa depan – tidak salah untuk mereka cari pendapatan lain.

Jika diperhatikan, ada benar juga kata-kata TMJ beberapa hari lalu dalam satu temubual bersama Utusan Malaysia dimana Tuanku ada menyebut;

“BANYAK pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) hanya ‘berpura-pura’ menjadi kelab, sedangkan 90 peratus masih bergantvng kepada dana kerajaan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *