Md Rayhan Kabir berjaya dikesan

Lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang diburu pihak berkuasa Malaysia sejak 7 Julai lalu, berjaya ditangkap hari ini.

Dia dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Difahamkan, Md Rayhan dikatakan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota bahagian risikan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Pada 3 Julai lalu, suspek mengkritik kerajaan Malaysia ketika ditembual Al Jazeera dalam laporan berjudul “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” dengan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Bagaimanapun, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, laporan dokumentari syarikat penyiaran antarabangsa itu tidak tepat, tidak bertanggungjawab dan tidak adil sehingga menimbulkan kemarahan rakyat di media sosial.

Susulan itu, JIM telah membatalkan permit kerja pemuda berusia 25 tahun itu dan meminta dia menyerah diri untuk dihantar pulang ke negara asal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *