Masih Menjadi Tanda Tanya?, Bersara atau sebaliknya

BEKAS pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusof tidak berhasrat untuk bersara dalam arena bola sepak sepas mengumumkan pengundurannya daripada skuad Lang Merah, Khamis lalu.

Sebaliknya pemain berpengalaman Liga Malaysia (Liga M) berusia 30 tahun yang dua kali menyertai Kedah pada 2016 dan 2019 itu menjelaskan dia hanya mahu menumpukan perhatian dalam bidang perniagaan dan pusat pengajian Islam yang sedang diusahakannya.

“Sebenarnya bukanlah niat saya nak bersara terus daripada bola sepak, tetapi saya cuma berehat sebentar untuk tahun ini kerana mahu fokus membangunkan bidang perniagaan dan pusat pengajian Islam yang saya tengah usahakan sekarang ini.

“Sepertimana saya ceritakan kepada media sebelum ini, ayat mengundurkan diri itu bukan bermaksud saya mahu ‘gantung but’, tetapi untuk maklumkan, saya sekadar berehat seketika dengan mengundurkan diri daripada pasukan Kedah sahaja,” katanya.

Azmeer turut memaklumkan, ayahnya sendiri yang mahukannya kembali semula menyertai Kedah pada 2019 selepas beraksi pertama kali dengan skuad Lang Merah empat tahun yang lalu.

“Saya sudah mendapatkan restu ayah dan keluarga saya mengenai hasrat mengundurkan diri ini memandangkan ayah saya sendiri yang mahukan saya sertai kembali Kedah pada 2019.

sumber:HM

“Ayah saya dah reda, lagi pun dia tahu kenapa saya nak undur diri.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk penyokong yang memberi sokongan padu sepanjang saya bersama skuad Lang Merah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *