Luahan Aidil Setelah Ketiadaan Azmeer

ALOR SETAR: Keputusan Azmeer Yusof berundur daripada mewakili Kedah semalam menerima pelbagai reaksi termasuk daripada pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak yang menganggap pemain itu memiliki komitmen tinggi dalam skuad Lang Merah.

Katanya, Azmeer adalah antara pemain yang sentiasa komited dalam menjalankan tugasnya di bahagian pertah4nan sehingga menyukarkan pihak lawan melakukan ser4ngan ke gaw4ng Kedah.

“Saya fikir beliau adalah seorang pemain yang sentiasa bermotivasi tinggi dan komited dalam menjalankan tugas terutama di bahagian pertahanan kiri. Setiap hal4ngan yang dihadapi tidak dianggap neg4tif, malah beliau bijak dalam mencatur gerakan bagi meng3kang asakan.

“Beliau juga antara pemain yang selalu merujuk kepada saya setiap kali membuat ‘homework’ sebelum berhadapan dengan pasukan law4n. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau untuk usaha yang akan dilakukannya pada masa depan,” katanya.

Kelmarin, Azmeer melakukan kejutan apabila mengumumkan pengvnduran daripada mewakili skuad Lang Merah musim ini atas faktor ingin memberi tumpvan kepada bidang perniagaan.

Pengumuman pemain berusia 30 tahun itu melalui akaun Instagram miliknya kira-kira jam 8 malam, sekali gus menjawab persoalan mengenai laporan seorang pemain utama Kedah memberi bayangan akan menamatkan kontraknya dua minggu lalu.

Berdasarkan perjalanan kerjaya Azmeer dalam Liga Malaysia (Liga M), beliau adalah pemain yang memiliki pengalaman luas dalam liga tempatan sejak memulakan karier bola sepak secara profesional pada 2008.

Beliau memenangi dua piala bersama Kedah dengan menjuarai Piala Malaysia (2016) dan Piala FA (2019). Selain itu dia juga membantu Lang Merah menduduki tangga ketiga Liga Super selain layak ke separuh akhir Piala FA dan muncul naib juara Piala Malaysia pada 2019.

sumber:BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *