Ketibaan Yang Dinantikan Skuad Lang Merah

TONGGAK import pertah4nan Kedah, Renan Alves sudah bersedia untuk pulang ke Malaysia pada Rabu ini bagi melengkapkan pemain skuad Lang Merah yang sedang menjalani latihan fasa satu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Stadium Darul Aman.

Beliau yang sudah mendapat keputusan ujian (swab test) yang dilakukannya di Brazil, kini menunggu masa untuk bertolak kembali selepas lebih tiga bulan tidak bersama pasukan akibat pandemik C0v!d-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu.

Pengurus Pasukan Kedah, Al-Naliq Hasmi Abu Hassan memberitahu, pemain kelahiran Rio De Janeiro itu hanya ‘menghitung hari’ untuk pulang semula ke Malaysia selepas keputusan ujian calitan yang dilakukan di Brazil mengesahkan beliau n3g4tif dari wabak C0v!d-19.

Terdahulu, seorang lagi pemain, iaitu import kuota Asia, Amin Nazari juga sudah kembali ke Kedah lebih awal pada 3 Julai lalu selepas memperoleh keputusan ujian yang sama yang disyaratkan sebelum memasuki Malaysia.

“Renan Alves dijangka pulang ke Malaysia pada 8 Julai ini dan kemasukannya ke Malaysia bagaimanapun kini hanya bergantung pada pelepasan oleh pihak Imigresen Malaysia di KLIA nanti.

“Kami difahamkan jadual penerbangan Renan Alves untuk pulang ke Kedah dari Kuala Lumpur juga sudah diatur,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Al Naliq juga, bersyukur segala perkembangan mengenai latihan dengan garis panduan baharu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) berjalan dengan lancar sejak dua minggu lalu.

sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *