Jurulatih Kedah Perjelaskan isu Keputusan itu ?

Ketua jurulatih Kedah FA, Aidil Sharin Sahak menafikan keputusan meng3jut Azmeer Yusof menamatkan kontrak adalah disebabkan hubungan dingin pemain itu dengan rakan sepasukan senior yang lain di dalam pasukan.

Sebaliknya pengedali dari Singapura itu berkata keputusan tersebut dibuat kerana komitmen peribadi pemain pertahanan itu sendiri.

“Pasukan berada di tahap terbaik. Mereka saling memberikan nasihat kepada pemain-pemain terutama daripada pemain senior,” ujar Aidil melalui laporan Stadium Astro semalam.

Sebelum itu Azmeer pernah memuat naik di akaun media sosial beliau menasihatkan agar pemain-pemain bola sepak tidak boros berbelanja dan berfikir mengenai masa depan..

Perkara itu dikatakan tidak disenangi sesetengah pemain Lang Merah ketika mereka berdepan masalah gaji.

Azmeer mengesahkan beliau mengundurkan diri dari skuad Lang Merah pada Khamis lalu.

‘Ampun maaf dipinta kpd semua pihak seandainya kehadiran saya ke bumi Jelapang Padi tidak dialu-alukan. Sesungguhnya yg baik datang dr Allah Taala, yg buruk datang dari diri saya sendiri 🙏🙏,” ujar beliau dalam kenyataan sebelum ini.

Azmeer bagaimanapun berkata beliau berbuat demikian untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan yang baru dimulakannya.

Dalam laporan berkaitan, pemain pertahanan kiri itu juga berkata beliau bukan bersara daripada bermain bola sepak secara profesional.

“Sebenarnya ayat pengunduran itu bermakna meninggalkan pasukan Kedah bukan daripada arena bola sepak. Saya bukan bersara tetapi hanya berehat seketika,” kata Azmeer.

Difahamkan pihak Kedah FA belum lagi membayar gaji pemain sejar Februari lalu, termasuk kepada Azmeer.

Sumber: Stadium Astro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *