TINDAKAN seorang kanak-kanak lelaki menumpang lampu di sebuah restoran makanan segera McDonald untuk belajar pada waktu malam menjadi viral di seluruh dunia. Dalam gambar yang menjadi viral itu, kanak-kanak berusia 9 tahun tersebut kelihatan belajar di sebuah meja kecil dengan beberapa buku pada waktu malam.
Difahamkan, kanak-kanak berkenaan terpaksa menumpang cahaya restoran makanan segera selepas rumahnya musn4h dalam keb4karan. Gambar itu telah dirakam di restoran McDonald di Manila, Filipina oleh Joyce Torrefranca. Difahamkan, kana-kanak itu, Daniel Cabrera tidak sedar ketika gambarnya dirakam.
Daniel yang kemudiannya diburu media negara berkenaan mendedahkan, dia akan berusaha belajar untuk mengubah nasib keluarganya.
Sumber:cepatpanas