Impian dan Hasrat Luqman Hakim Selama ini

Striker muda sensasi Luqman Hakim Shamsudin mendedahkan bahawa cita-cita asal ketika awal pembabitan sebagai pemain bolasepak adalah mewakili pasukan negeri kelahiran, Kelantan dalam saingan Liga Malaysia.

Dalam
satu temuramah disiarkan Dunia Bola, pemain berusia 18 tahun itu
berkata dia mula memasang impian lebih besar selepas berada di dalam
Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).

Memang menjadi cita-cita mahu bermain dengan Kelantan FA, tapi bila dah masuk NFDP, jurulatih cakap setiap pemain kena ada satu impian, jadi impian saya bermain dengan luar negara, ini impian saya, macam mana pun saya kena kejar (cita-cita) dan sesuaikan diri, kerana ini adalah apa yang saya nak, ujarnya.

Luqman
Hakim yang kini bersama Selangor II telah dipanggil menyertai KV
Kortrijk bermula 16 Jun lalu namun sehingga kini dia sendiri belum pasti
akan halatuju kariernya, dan sekadar memberitahu semuanya masih dalam
proses.

Dengan jawapan yang diberikan, mungkinkah Luqman Hakim akan kekal bermain di Liga Malaysia? Rasanya kalau Kelantan bukan pasukan yang bermasalah, peluang untuk memancing pstriker skuad B-23 kebangsaan ini cukup tinggi.

Apa sekalipun, seandainya dapat melebarkan karier ke Eropah, Luqman Hakim berjanji akan cuba sebaik mungkin untuk mengatasi homes!ck sepertimana yang pernah terjadi kepada beberapa pemain lain antaranya Nazmi Faiz.

Sekarang ni mungkin kita tak rasa, tapi bila dah kat sana (luar negara) akan ada rasa rindu sebagainya tetapi bagi saya, fikir tujuan (pergi ke sana) untuk tolong famili. Kalau balik Malaysia kena kecam pula nanti, jadi lebih baik saya stay di sana, tambahnya lagi.

Sementara itu Luqman Hakim juga memberitahu dia menyimpan impian untuk bermain dengan salah satu daripada dua kelab g3rgasi bolasepak Eropah dari Sepanyol, Real Madrid atau Barcelona.

Saya peminat Manchester United, tetapi kelab impian saya untuk bermain adalah Real Madrid sebab kalau nak bermain di EPL (negara kita) kena ranking bawah 80 dunia. Jadi (pilihan lain) adalah Real Madrid atau Barcelona, katanya sambil menyatakan hasrat mahu menghantar ibu bapanya menunaikan umrah satu hari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *