Categories
info semasa

Petua Buang Angin – petua & ilmu

Petua ni saya dapat dari sorang ustazah darussyifa’..dia suruh amalkan untuk orang yang banyak angin dalam badan.

Bila badan kita berangin, kita jadi malas nak buat keja, selalu sakit kepala, lenguh-lenguh sendi, sebu perut,susah nak kentut, kadang makan pun tak lalu kan.😰

Amal minum air rebusan ni..InsyaAllah, lepas tu asyik kentut-kentut, sendawa, rasa ringan badan, kepala pun rasa ok..selain tu peluh kita pun bau wangi tau..bahan pun mudah dapat dan murah saja😁
Bahan-bahan:
-serai 3 batang
-halia (ketuk-ketuk sikit)
-biji ketumbar segenggam
-air seperiuk
Campur semua bahan, rebus sampai tinggal separuh air..minum masa suam-suam..sedap tau..rasa dia macam teh tanpa gula..😄